Lepas ni mesti ramai yang tak nak makan lewat malam atau supper selepas jam 10 malam. Bukan saja menggemukkan, kajian ini juga pasti membuatkan ramai terkejut!

Menurut sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa pada 17 Julai lalu mendedahkan bahaya makan selepas jam 10 malam atau pun sebelum tidur dalam keadaan perut penuh.

BACA: Kajian: Tidur Awal Hidup Lebih Bahagia, Cepat Kaya

Hasil kajian memberitahu, tabiat makan selepas jam 10 malam boleh meningkatkan dua jenis kanser yang paling banyak dihadapi di seluruh dunia sebanyak 20 peratus iaitu kanser payudara dan prostat.

Kajian ini juga turut disokong oleh laporan CNN yang mendapati ada hubung kait yang kuat di antara risiko menghadapi kanser dan masa makan malam seseorang.

Kajian yang dilakukan ke atas 621 orang pesakit kanser prostat dan 1,205 pesakit kanser payudara mendapati kebanayakn mereka selalunya bekerja pada syif malam. Ini bermakna mereka cenderung untuk makan pada lewat malam sebelum tidur.

Apa pun, bukannya anda tak boleh langsung makan lewat malam. Boleh je sekali-sekala, tetapi jangan jadikannya sebagai tabiat harian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sempat Rembat Headphone Sony Harga RM1, 299?