Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang suri rumah kerana mencuri Nescafe di sebuah pasar raya, Rabu lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Nor Azlina Mamat, 41, dari Kampung Paya Keladi mengaku bersalah mencuri tujuh bungkus Nescafe Classic 300 gram bernilai RM164.43 milik Pasaraya Sabasun Hypermarket.

BACA: Rahsia Bancuhan Nescafe Paling Sedap, Persis Kafe Mahal

Bersadarkan pertuduhan, kesalahan itu dilakukannya pada jam 4.20 petang, 26 September lalu dan dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Difahamkan, tindak-tanduk mencurigakan wanita itu di lorong barangan Nescafe disedari oleh pengawal keselamatan bertugas yang mengekori wanita berkenaan dan melihat tertuduh mengisi tujuh bungkus Nescafe ke dalam troli sebelum ke bahagian beras.

Namun sebaik tiba di lorong beras, tertuduh dilihat meninggalkan troli terus beredar tanpa membuat sebarang pembayaran. Bagaimanapun, tertuduh gagal meninggalkan meninggalkan pasar raya berkenaan apabila dia ditahan oleh pengawal keselamatan terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Green Tea Anis Coffee Memang Mengancam!