Hanya kerana tangannya dijangkiti penyakit misteri, seorang kanak-kanak dicemuh oleh masyarakat setempat di Uttar Pradesh, India. Kanak-kanak berusia 12 tahun itu memiliki penyakit misteri sejak dilahirkan sehingga kini.

Disebabkan itu, penduduk setempat menggelarnya ‘syaitan’ kerana mempercayai bentuk tapak tangan besar dan panjang itu adalah sumpahan.

BACA: Rumah Dekat Surau, Lelaki India Boleh Azan & Hafal Surah

Sumber dari hmetro.com.my

Tarik, 12 tahun, dicemuh oleh penduduk kampungnya kerana memiliki tangan besar dari saiz normal yakin bahawa penyakit dihidapinya boleh dirawat sehingga sembuh.

“Mereka fikir ini sumpahan, tetapi mereka tidak tahu ia penyakit yang boleh disembuhkan,” ujarnya mengenai penduduk kampung yang menggelarnya sebagai ‘syaitan’.

Sumber dari okezone.com

Menurutnya, ayahnya selalu membawa dia berjumpa doktor ketika dia masih hidup. Namun, sejak kematian ayahnya, ibu dan keluarga Tarik tidak dapat membawanya ke doktor kerana tidak mampu untuk membiayai kos rawatan tangannya itu.

“Saya mahu pulih. Saya ingin pergi ke sekolah dan bermain seperti kanak-kanak lain. Saya yakin, tangan saya akan normal suatu hari nanti,” katanya.

Sumber dari penmerahpress.com

Tarik tidak dapat bersekolah kerana pihak pengurusan sekolah khuatir saiz tangannya yang berbeza dari kanak-kanak lain itu akan menakutkan pelajar-pelajar lain.

“Kami tiada wang untuk rawatan, tetapi itu tidak bermakna saya tiada harapan untuk pulih,” ujarnya penuh bersemangat.

Sumber dari penmerahpress.com

“Tangannya sangat besar dan saya yang menguruskannya sebab dia tak dapat buat banyak perkara seperti mandi, pakai baju dan makan.” jelas abangnya, Hargyan.

“Kami pergi ke banyak tempat untuk mendapat rawatan. Semua doktor tidak mempunyai peralatan canggih kerana kami tidak mampu pergi ke hospital yang lebih sesuai,” sambungnya lagi.

Sumber dari penmerahpress.com

“Kami perlu menjaganya setiap masa kerana dia bergantung sepenuhnya dengan kami. Tetapi saya yakin, dia akan mendapat rawatan yang sewajarnya,” kata ibu saudaranya, Pushpa.

Baru-baru ini, seorang doktor, Dr Pawan Kumar Gandhi berkunjung ke rumah mereka untuk melihat keadaan Tarik. Doktor tersebut menyifatkan penyakit yang dihidapi Tarik adalah misteri kerana itu pertama kali dia melihat penyakit sebegitu.

“Saya pernah melihat beberapa kes yang hampir sama iaitu penyakit Kaki Gajah. Keadaannya kelihatan ada persamaan seperti itu,” lapornya kepada pihak DailymailUK.

“Peluang untuk pulih adalah rendah tetapi dalam dunia sains, terdapat banyak penyelidikan. Oleh itu, tiada perkara yang mustahil.” ujarnya sambil mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!