Sebut je minuman bubble tea, pasti ramai yang sukakan rasanya. Jika anda peminat tegar ‘pearl’ yang dihidangkan minuman bubble tea, mungkin anda berminat untuk mencuba resipi baru berasaskan ‘pearl’ ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial resepi telur dadar pearl yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini. Malah pengguna itu juga turut menunjukkan cara penyediaan telur dadar tersebut yang dicampur dengan bebola pearl.

BACA: “Sate Coklat Pula? Orang Kita Pandai Betul Cipta Penyakit”

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang menyifatkan resepi tersebut sangat mengarut dan tidak boleh terima dek akal. Malah ramai yang tidak berani mencuba resepi tersebut kerana beranggapan pearl sepatutnya diminum bersama air bukan dalam masakan bergoreng.

Kata netizen lagi, tiada salahnya untuk menginovasikan sesuatu makanan atau kreatif tetapi biarlah berpada-pada dan boleh diterima ramai.

Agak-agak ada tak yang berani cuba resepi ‘rare’ ini. Kalau sesiapa dah cuba, boleh kongsikan kepada kami bagaimana rasanya ;Telur Dadar Pearl’ ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥