Umum mengetahui, Thailand merupakan negara pertama di rantau Asia menghalalkan penggunaan dadah untuk tujuan perubatan meskipun sebelum ini ia merupakan negara dengan undang-undang dadah paling ketat di dunia.

Malah, sebuah universiti di Thailand menawarkan jurusan perubatan ganja. Tidak cukup setakat itu, nampaknya Thailand bakal menganjurkan festival ganja pertama di dunia tahun hadapan.

BACA: Universiti Di Thailand Tawar Jurusan Ilmu Ganja

World Ganja Festival 2020 itu akan meliputi segalanya termasuk perbincangan akademik, inovasi ganja, bisnes, rekabentuk produk serta festival muzik.

Difahamkan, World Ganja Festival 2020 turut membincangkan kebaikan ganja serta memberikan pemahaman yang lebih baik tentang ganja.

Mengikut perancangan, festival tersebut bakal diadakan di Mukdahan, Thailand pada 29 Januari hingga 2 Februari 2020.

Pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat dan potensi perniagaan ganja, mungkin festival ganja ini bakal menjadi permulaan yang tepat untuk anda.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Di Shah Alam Ini Sentiasa Penuh, Apa Rahsianya! 😱