Umum mengetahui, Thailand merupakan negara pertama di rantau Asia menghalalkan penggunaan dadah untuk tujuan perubatan meskipun sebelum ini ia merupakan negara dengan undang-undang dadah paling ketat di dunia.

Nampaknya selepas menghalalkan ganja, baru-baru ini Thailand membuka klinik khas perubatan tradisional dan alternatif berasaskan ganja yang pertama. Ianya sebagai usaha kerajaan negara itu untuk membangunkan industri tersebut.

BACA: Syarikat Ini Bayar RM150,000 Untuk Hisap Ganja Setiap Hari

Menteri Kesihatannya, Anutin Charnvirakul berkata klinik yang dibuka itu adalah klinik perintis kerana pihak mereka tidak mampu menyediakan doktor pakar ganja yang secukupnya.

Lebih menarik, pesakit akan menerima rawatan secara percuma selama dua minggu pertama ini sempena pembukaan klinik tersebut.

Dalam pada itu, kerajaan Thailand merancang untuk membuka 77 klinik di seluruh negara iaitu satu klinik bagi setiap wilayah.

Thailand yang memiliki tradisi penggunaan ganja bagi melegakan kesakitan dan keletihan, meletakkan bahan itu sah untuk kegunaan perubatan serta penyelidikannya dilakukan pada 2017 untuk meningkatkan pendapatan pertanian.

Terdapat kira-kira 25 klinik kanabis ditempatkan di hospital umum di seluruh negara, namun berbeza dengan klinik perintis yang baru dilancarkan ini, yang hanya beroperasi beberapa hari seminggu berikutan kekurangan kakitangan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥