Boleh dikatakan tahun 2019 merupakan tahun untuk teh boba. Hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai teh boba sehingga mencetuskan fenomena di Malaysia. Malah, ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.

Pasti anda tahu minuman bubble tea sangat tinggi kandungan gula dan pengambilan berlebihan boleh beri kesan buruk pada tubuh. Buat peminat boba teh, ini sudah tentunya merupakan berita gembira untuk anda.

BACA: The Alley Jual 5 Liter Bubble Tea Dengan Harga RM79

Nampaknya anda boleh ‘menikmati’ boba teh setiap hari tanpa risau ianya boleh menyebabkan kegemukan apabila syarikat kosmetik Thailand memperkenalkan losyen badan milk tea.

Menariknya, botol losyen tersebut juga turut diinspirasikan daripada cawan teh boba. Difahamkan, losyen tersebut mempunyai bau unik milk tea dan menjanjikan kulit yang harum serta lembut.

Menurut The Spruce Eats, teh hitam boleh mengurangkan bengkak dan lingkaran gelap di bawah mata anda. Teh hitam dalam penjagaan kulit dapat meningkatkan antioksidan kulit dan memberikan perlindungan dari matahari.

Jika anda peminat tegar teh boba, boleh dapatkan losyen istimewa jenama Mistine ini menerusi atas talian dengan harga ฿99 (RM13).

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang