Nampaknya penguatkuasaan peraturan larangan merokok oleh kerajaan pada 1 Januari lalu disambut baik oleh rakyat dan juga pengusaha restoran.

Susulan itu, rangkaian restoran nasi kandar milik Pelita Samudra atau lebih dikenali sebagai Nasi Kandar Pelita diseluruh negara akan menghentikan jualan rokok di semua kaunter mulai hujung tahun ini.

BACA: Mulai 2019, Hanya Dibenar Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan

Ia bagi menyokong seruan kerajaan yang menguatkuasakan larangan merokok di restoran dan kedai makan sekaligus untuk menjadikan rakyat di Malaysia sebagai masyarakat maju penuh bertamadun menjelang 2020.

Foto: mStar

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk K K Sihabutheen, berkata pihaknya menyambut baik usaha kerajaan dan bersedia untuk menghentikan penjualan rokok walaupun sebelum ini ada beberapa pihak termasuk persatuan pengusaha restoran mendesak kerajaan untuk menarik balik larangan merokok di restoran.

Katanya lagi, mereka memerlukan sedikit masa untuk melaksanakannya memandangkan masih lagi terikat kontrak dengan pihak pembekal rokok.

“Kami yakin langkah ini akan disokong pelanggan apatah lagi tidak ramai datang menikmati makanan di sini merokok dan kebanyakan mereka mahu satu kawasan bebas daripada asap rokok,” katanya.

Bermula Januari 2019, mereka melanggar peraturan boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱