Sayur sememangnya kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk tubuh. Tapi ramai tidak tahu bahawa setiap jenis sayur sebenarnya mengandungi protein dan khasiat yang berbeza-beza.

Sebagai contoh sayur taugeh, memang ramai yang berapa gemarkan sayur ini sebenarnya. Tapi sebenarnya sayur ini sangat bagus untuk kuruskan badan serta meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

BACA: Sperma Lelaki Tua Hasilkan Anak Lebih Bijak

Jika selama ini sudah bermacam-macam cara anda lakukan untuk mendapatkan zuriat, suami isteri boleh cuba amalkan makan taugeh. Ini 6 kebaikan ‘luar biasa’ sayur taugeh yang ramai tak tahu.

1. Lebih tinggi protein

Taugeh mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding kandungan protein dalam daging ayam dan lembu.

2. Awet Muda

Makan taugeh juga merupakan satu amalan awet muda kerana ianya kaya dengan antioksidan.

3. Mudah dihadam/buang kotoran dalam usus

Disebabkan jumlah enzim yang banyak, taugeh merupakan sayur yang mudah dihadam dan membantu individu yang ada masalah perut kembung dan penghadaman.

4. Menurunkan berat badan

Taugeh rendah kalori dan kaya dengan zat. Taugeh membantu menurunkan berat badan, sekaligus membuatkan cepat rasa kenyang.

5. Meningkatkan kesuburan

Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Kesuburan lelaki akan meningkat kerana pelbagai hormon lelaki dapat dihasilkan ketika memakan sayur taugeh ini.

6. Halang penyakit berbahaya

Taugeh mengandungi zat di dalamnya yang mampu melumpuhkan punca awal kanser, penyakit usus besar, sakit pankreas dan leukimia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱