Mesti ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan bila kita sudah masuk tahun baru ini. Ramai yang mahu berdiet tetapi tidak tahu cara yang sesuai lebih-lebih lagi jika kita seorang yang suka makan nasi.

Sebenarnya, makan nasi juga boleh kurangkan berat badan tetapi harus diambil dengan kuantiti yang betul. Seorang lelaki di Twitter berkongsi tips bagaimana makan nasi satu senduk boleh buat kita kenyang.

BACA: 10 Tips Berkesan Kawal Nafsu Makan

Seorang pengguna Twitter, @NaufalAntezem, berkongsi tips yang sangat berguna kepada mereka yang mahu mengurangkan berat badan tanpa meninggalkan nasi.

Menurutnya, dia mencadangkan supaya minum air sebelum makan, makan lauk lebih dari nasi, makan secara perlahan dan minum air selepas lima minit makan nasi. Seelok-eloknya 500ml air sebelum makan dan 500ml selepas makan kerana air bagus untuk sistem pencernaan.

Selain itu, dia juga memberitahu sebenarnya makan nasi satu senduk semasa pagi, tengahari dan malam menjadikan anda hanya makan satu pinggan nasi sehari.

Malah, anda boleh makan snek kecil dengan kerap untuk mengurangkan rasa lapar seperti makan buah-buahan, salad, kekacang dan sebagainya yang mempunyai kalori serta gula rendah bagi menghilangkan rasa mahu mengunyah.

Tak susah untuk kita kurangkan berat badan tetapi disiplin harus dijaga. Nafsu makan juga harus dikawal agar kita tak terlebih makan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makan Laju Punca Penyakit 3 Serangkai
Awas! Jangan Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)