Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel hari ini setelah memberithau pemimpin Israel dan Arab akan perancangan beliau itu Selasa lalu. Tindakan tersebut dilihat mampu mencetuskan ketegangan baru di antara Amerika Syarikat dan negara-negara Islam dunia.

BACA: ‘Adidas Kampung’ Popular Di Musim Banjir

Pegawai kerajaan Palestin mendedahkan Trump bakal memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis sepertimana yang beliau beritahu kepada Presiden Palestian, Mahmoud Abbas.

Bagaimanapun, kerajaan AS menjelaskan senario itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat ekoran faktor logistik di samping kekurangan kemudahan.

Negara Arab turut memberi amaran perancangan tersebut bakal mencetuskan keganasan baharu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Singgah Sarang Mr. Buurng Di Port Dickson