Baru-baru ini tular mengenai seorang pesalah pedofil, NUR Fitri Azmeer Nordin yang diberi peluang untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apatah lagi Nur Fitri sebelum ini didapati bersalah memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London.

BACA: Kajian: Terengganu Paling Ramai Genius

Bagaimanapun dalam satu kenyataan, UKM memilih pelajar tersebut untuk menyambung pengajian di universiti itu di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah kerana keupayaan luar biasa dan kecemerlangannya dalam pengajian.

Untuk pengetahuan anda, Nur Fitri merupakan pelajar di UKM semenjak tahun 2016. Dalam pada itu UKM berkata, pelbagai pandangan telah diambil kira dan dinilai ketika pemilihan untuk menerima Nur Fitri.

Dalam pada itu, UKM memberitahu sepanjang pengajiannya di UKM, Nur Fitri seorang yang sangat komited dalam pengajian dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan.

Kenyataan oleh Pusat Komunikasi Korporat UKM juga menjelaskan pihaknya percaya pendidikan boleh membantu transformasi individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki diri.

Sebelum ini tular mengenai satu status Twitter mendakwa Nur Fitri sedang menyambung pengajiannya di UKM dan perkara itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai dan ada yang menasihatkan penduduk di Bangi berhati-hati.

Genius Matematik, Nur Fitri yang melanjutkan pelajaran di Imperial College di London dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas dia mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.

Ketika ditahan, polis mendapati penuntut yang memegang biasiswa Matematik itu memiliki 601 video dan imej lucah kategori A iaitu kategori penyalahgunaan melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak serta beratus bahan lucah kategori B dan C.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Ni Cara Pilih Buah Yang Manis?