Sebelum ini Telekom Malaysia mengumumkan harga terbaru untuk jalur lebar tersebut. Unifi 30Mbps akan ditawarkan pada harga dibawah RM100 berbanding RM179 ketika ini.

Terbaru, pihak TM mengumumkan pelan Unifi Turbo yang ditawarkan kepada pelanggan Unifi sedia ada bakal ditingkatkan kelajuan menjadikan antara yang terlaju di Asia Tenggara.

BACA: Harga Unifi 30Mbps Bakal Ditawarkan Bawah RM100

Peningkatan kelajuan sehingga 10 kali ganda antara yang dijangkan untuk pakej baru tersebut. Lebih menarik, peningkatan kelajuan ini tidak akan dikenakan cas tambahan buat para pengguna.

Harga untuk pelan terbaru Unifi 30Mbps bakal ditawarkan seawal 15 Julai ini. Dalam pada itu, Telekom Malaysia turut menjelaskan, pelan harga rendah tersebut mungkin tidak akan disertakan bersama Unifi TV.

Menurut Telekom Malaysia pihak mereka akan kongsikan lebih lanjut termasuk tawaran buat pelanggan Streamyx mengenai pelan dan harga terbaru internet yang bakal ditawarkan pada 12 Julai ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138