Mungkin video yang anda akan lihat ini nampak mudah namun perkongsian daripada Mohd Hasrul Hassan di Facebook ini mendapat tontonan lebih setengah juta dan juga hampir 17,000 share ketika artikel ini ditulis. Siapa sangka, masker kunyit ini sebenarnya ramai juga yang telah amalkan sejak sekian lama.

BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Gulai Lemak Pink

Antara faktor yang turut membantu video tersebut mendapat perhatian ramai wanita adalah kerana bahan-bahannya yang ringkas dan penyediaan yang cukup mudah.

Selain itu, wajah flawless Mohd Hasrul sendiri sebenarnya turut berjaya membuat anda menonton video sehingga akhir.

Apa pun, kami senaraikan beberapa perkara penting sebelum anda cuba buat masker ini.

Jangan Pakai Setiap Hari

Bila rasa seronok, mulalah nak pakai setiap hari tapi menurut Mohd Hasrul, masker kunyit ini hanya pakai seminggu sekali sahaja.

Bahan-Bahan Utama

Anda hanya perlukan putih telur (1 biji), kunyit dan juga tepung beras. Kemudian gaul dan tepek di bahagian muka.

Selain Wajah, Boleh Letak Di Bahagian Lain

Anda ada jerawat di bahagian belakang? Boleh jugak letakkan di situ dan juga bahagian leher atau mana mana tempat yang berjerawat teruk.

Kami kongsikan video pendek Mohd Hasrul di bawah. Jika ada masih lebih, boleh lakukan sekarang sebelum anda masuk tidur. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Pedas Level Mati | Bandung Part 01