Nampak lembik dan lembut, tetapi siapa sangka makanan ringan seperti agar-agar manis sebenarnya boleh menyebabkan kematian kepada bayi berusia enam bulan ke bawah jika tercekik.

Menurut Pakar Pakar Anestesiologi, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Dr Maslina Ahmad Marzuki berkata, ibu bapa perlu peka kerana agar-agar boleh menutup salurah pernafahan sehingga menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

BACA: Ambil Resepi Brownies Dari Internet, Wanita Jual 1,200 Biji Sebulan

“Jangan kita anggap makanan lembik seperti agar-agar manis tidak boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik kerana mereka masih belajar makan dan terdedah kepada risiko itu, walaupun tiada kes kita terima tetapi jangan ambil mudah perkara ini,” katanya kepada Projek MM.

Dalam pada itu, selain agar-agar, tercekik bebola ikan, biji rambutan, biji manggis atau duit syiling juga boleh menyebabkan kematian jika tiada kaedah menyelamat awal di lakukan di rumah oleh ibu bapa dan ahli keluarga.

Kata Dr Maslina lagi, amat penting bagi ibu bapa untuk belajar kaedah CPR atau kaedah menepuk belakang serta menekan bahagian dada (ulu hati) kanak-kanak untuk melepaskan bendasing yang tersekat di saluran pernafasan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱