Dengan lambakan kedai makan yang menarik, ramai yang sanggup berhabis duit demi makanan yang sedap. Tapi, pernahkah anda terfikir bagaimana tahap kesihatan anda pada lima tahun akan datang jika tak kawal pemakanan dari sekarang?

Seorang wanita bernama Wani Syazwani, berkongsikan rahsia bagaimana dia berjaya menurunkan berat sebanyak 32 kilogram dalam masa 8 bulan dengan hanya mengamalkan cara yang sihat. Wanita ini juga turut berkongsi menu sarapan pagi yang diamalkannya sepanjang tempoh tersebut.

BACA: Gadis Ini Berjaya Turun 20Kg Dengan Hanya Minum Air Putih

Paling penting, wanita ini mengamalkan minum teh hijau setiap pagi tanpa jemu untuk meningkatkan metabolisme badan dan memberi tenaga.

Diet tanpa jemu, berjaya turun 35.5kg dalam masa 8 bulan

Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8bulan. Wani berjaya lost 35.5kg. Tak kurus macam orang lain. Tapi kurus sikit dari dulu.

Orang tanya. Macam mana diet ni. Wani cuma bagi tahu. Jaga makan. Jangan makan waktu malam. Jangan minum air manis. Tu yang wani amal selama diet. Dari mula-mula start diet dah amal minum green tea jasmine.

Air kosong. 3-4liter sehari. Memang akan ulang-ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawa botol air. Bukan senang nak kurus.

Setiap kali makan. Wajib makan on time. Pagi 9am . Lunch 1pm. Dinner 6pm. Lepas 7pm memang tak makan dah. Makan makanan berkhasiat (panggang @ rebus). Kurangkan garam.

Setiap minggu. 3-5kali wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dengan zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih untuk bersenam dalam rumah je. Lagi senang. Jimat masa.

Tenkiu untuk husband wani. Sentiasa support wife mu ini. Diet bukan untuk dipuji. Tapi untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya wani dah usaha untuk hidup sihat.

Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi

Semoga perkongsian gadis ini mampu menjadi inspirasi buat mereka di luar sana yang berniat untuk kuruskan badan. Mungkin anda boleh cuba tips ini jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱