Berita baik buat penduduk Cyberjaya, mereka bakal menikmati perkhidmatan makanan menggunakan dron bermula hujung bulan ini.

Sebuah syarikat tempatan, Average Drone Sdn Bhd (Average Drone) yang berkecimpung dalam dron sejak 2014, merancang untuk mewujudkan perkhidmatan berkenaan dengan kerjasama Futurise, sebuah anak syarikat Cyberview di bawah Kementerian Kewangan.

BACA: Menteri: Guna Dron Untuk Pos Mampu Dilaksanakan 5 Tahun Lagi

Sebagai permulaan, percubaan selama tiga bulan akan dilakukan membabitkan penghantaran makanan di kawasan berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise.

Dalam tempoh percubaan itu juga, hanya tujuh jenis makanan akan ditawarkan iaitu makanan jenis mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.

Syarikat itu juga sudah membangunkan aplikasi mudah alih yang masih dalam draf akhir, bagi memudahkan pembeli untuk menempah makanan menerusi aplikasi itu.

Difahamkan, makanan yang ditempah mengambil masa selama 12 minit untuk sampai ke destinasi pesanan dan kos penghantaran yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap perjalanan.

Syarikat tersebut menggunakan dron yang mempunyai enam bilah kipas dinamakan ‘Express Food’ dan mampu menampung berat muatan sehingga 800 gram.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138