Nampaknya mulai Februari tahun depan, aplikasi popular dunia, WhatsApp akan memulakan sekatan ke atas berjuta-juta pengguna model telefon pintar yang lama.

Menurut pihak WhatsAppa, tujuan sekatan adalah untuk memberi lebih fokus kepada memperbaiki fungsi dan ciri-ciri aplikasi tersebut terhadap telefon terkini dan bukan yang sudah kuno.

BACA: WhatsApp Sebenarnya Baik Untuk Kesihatan – Pakar

Antara telefon pintar yang akan mengalami sekatan ini termasuk semua telefon yang menggunakan operasi Windows, bermula 31 Disember 2019. Ianya seiring dengan langkah Microsoft menghentikan sokongan kepada sistem operasi Windows 10 Mobile.

WhatsApp akan hanya boleh beroperasi pada peranti yang menggunakan sistem Android 4.0.3 ke atas dan telefon pintar iPhone yang menggunakan iOS 9 ke atas sahaja.

Antara telefon lain yang telah disekat penggunaan Whatsapp adalah BlackBerry OS dan BlackBerry 10 pada 31 Disember 2017, Nokia S40 pada 31 Disember 2018 serta Nokia Symbian S60 pada 30 Jun 2017.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi