Buah kurma begitu sinonim dengan bulan Ramadhan. Makanan sunnah ni boleh dikatakan hanya dimakan pada bulan puasa sahaja dan selepas tu kita mungkin tak jumpa lagi dengan kurma. Buah yang berkhasiat ni sangat baik diamalkan walaupun pada bulan-bulan lain. Selama ni mungkin kita tak faham dengan jenis-jenis kurma yang banyak di pasaran. Yang kita faham setiap satu darinya ada perbezaan.

Sedikit Sejarah Tentang Kurma.

Buah kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun. Pokok kurma ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman Mesopotamia ke zaman Mesir prasejarah—mungkin seawal 4000 SM. Terdapat bukti arkaeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM

Pada zaman berikutnya, orang Arab telah menyebar kurma sehingga ke Asia Selatan dan Tenggara, Afrika Utara, dan Sepanyol. Kurma diperkenalkan di Mexico dan California oleh orang Sepanyol pada tahun 1765, sewaktu Misi San Ignacio.

Kurma juga merupakan tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab, dan barat Afrika Utara hingga ke Maghribi dan ada dijelaskan di beberapa tempat dalam al-Qur’an. Di beberapa negara Islam khususnya Asia Barat Hidangan kurma dan yogurt atau susu menjadi satu hidangan tradisional pertama apabila matahari terbenam sewaktu bulan Ramadan.

Ada 4 peringkat kematangan buah kurma.

Kurma masak terdiri daripada empat peringkat, masing-masing dikenali dengan nama Arabnya di seluruh dunia, iaitu kimri (matang), khalal (saiz-penuh, rangup), rutab (masak, lembut), dan tamr (masak, keringan matahari).

Daripada 100 gram kurma segar mengandungi sumber premium vitamin C, dan dapat membekalkan 230 kcal (960 kJ) tenaga. Oleh sebab kurma mengandungi hanya sedikit air, buah ini tidak bertambah konsentrat apabila dikeringkan, walaupun vitamin C hilang dalam proses pengeringan.

8 jenis kurma yang popular.

1. Kurma Ajwa
Kurma ajwa adalah jenis kurma kesukaan Nabi berasal dari Madinah dan juga yang paling digemari oleh umat Islam di dunia. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah warnanya yang hitam pekat dan terdapat beberapa garis kecil. Kurma Ajwa tidak terlalu manis dan bertekstur lembut.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda terkait kurma ajwa ini:
“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” HR. Bukhari

2. Kurma Medjool (Majdoul)
Kurma Medjool banyak tumbuh di iklim yang panas dan kering seperti di Timur Tengah dan Afrika,. Isi buahnya agak gemuk, lembab, dan manis. Mengandung serat dan mineral penting seperti potassium, magnesium, tembaga, dan mangan. Ciri-ciri kurma jenis ni berwarna coklat gelap. Rasanya sederhana manis dan berlemak. Isi buahnya gemuk dan bertekstur lembut. Sangat sesuai dibuat susu kurma.

3. Kurma Safawi
Kurma Safawi ada terdapat di Madinah dan Mekah. Berwarna coklat gelap, dan rasanya yang manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut. Karakteristik pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain.

4. Kurma Deglet Nour (Kurma bertangkai)
Kurma Deglet Nour berwarna kemerahan dan kekuningan, rasanya halus, tidak semanis dan selembab kurma Medjool. Deglet Nour adalah kurma yang paling banyak ditanam di Afrika Utara. Biji dalam isi buah kurma ini boleh dilihat bila kurma ini didekatkan pada cahaya. Ia juga dikenali sebagai kurma bertangkai di Malaysia.

5. Kurma Mariami
Kurma Mariami berwarna coklat kehitaman, mempunyai rasa halus dan lembut. Kurma jenis ini banyak terdapat di Iran. Kurma ini popular kerana rasa yang manis, lembut dan harganya murah.

6. Kurma Muda (Rutob)
Rutob adalah kurma segar yang baru masak. Kurma jenis ni memang susah nak jumpa di Malaysia sebab tak boleh tahan lama. Ia akan bertukar warna ke kecoklatan dan kehitaman seperti kurma kering lain.
Ada banyak jenis Rutob bergantung pada rasa, warna dan teksturnya. Semakin sedap dan berkualiti semakin mahal harganya. Rasa rutob tidak terlalu manis dan ranggup.

7. Kurma Mabroom
Struktur buah ini ramping, panjang, dan padat. Rasanya tidak terlalu manis. Kurma Mabroom kaya dengan serat, vitamin, dan mineral. Kurma Mabroom ni tergolong dalam kelas premium dan mahal harganya.

8. Kurma Sukkary
Kurma Sukkary sangat manis  dan lembab, dapat memberikan tenaga dengan cepat jika dimakan. Kurma jenis ni tumbuh di daerah Qaseem, Arab Saudi, warnanya hampir kemerahan ketika pertama kali mengering. Bila semakin kering, warnanya akan menjadi kuning keemasan.

Sumber: Wikipedia, Kiosk Makanan Sunnah