Ramai sekarang ni sedang sibuk membeli barang persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Jika tidak ke pusat membeli-belah, ramai yang lebih suka memilih untuk membeli melalui dalam talian atau pun online. Tak perlu bersesak-sesak, hanya tunggu barang sampai ke rumah sahaja.

Setiap kali Hari Raya, bagi kaum lelaki tak lengkap rasanya jika berbaju Melayu tetapi tidak berkain sampin. Rasanya ramai yang tahu kalau nak pakai kain sampin songket Terengganu memang kena bersiap sedia bila nak dengar berapa harga dijual. Boleh mencecah berpuluh ribu ringgit.

BACA: Beli Telefon Pintar RM3,219, Tapi Dapat Tisu Basah

Syarikat beli-belah dalam talian paling popular di Malaysia iaitu Lazada turut menjual sampin songket Terengganu tersebut dengan harga RM18,000.

Seorang pengguna Twitter kongsikan review sampin tersebut yang buatkan ramai pecah perut ketawa. Menurutnya lagi, ingatkan Twitter je selalu buat lawak, review Lazada pun boleh tahan kelakar.

Memang buat ketawa bila ada yang mengatakan sampin tersebut sampin tersebut kalis mercun. Pembeli juga akan dapat 5 tahun servis dan jaminan percuma.

RM18,000 harga yang sangat berbaloi, kalis mercun

Guna EPF untuk beli sampin, siap buat ucapan raya

Busana terbaik dari Asgard, nama Thor pun terkait sekali

Apa-apa pun, rakyat Malaysia memang tak pernah mengecewakan dalam bab review.  Harap tak ada yang guna duit EPF semata-mata untuk beli sampin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas