Secara tradisinya daun ketum telah lama digunakan bagi tujuan perubatan, malah ketum digunakan menambahkan tenaga untuk bekerja. Bagaimanapun tumbuhan tersebut sering disalahgunakan sehingga mengakibatkan ketagihan.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberi cadangan menanam ketum sebanyak lima pokok bagi setiap rumah dilihat mampu membantu taraf ekonomi penduduk tempatan terutama golongan pekebun kecil.

BACA: Makin Ramai Penjawat Awam Ketagih Ketum Di Putrajaya

Ujarnya lagi, penanaman tumbuhan tersebut dapat meningkatkan kestabilan ekonomi penduduk tempatan serta mengelakkan mereka daripada mengharapkan subsidi daripada kerajaan sahaja.

“Ketum mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan dapat menambah pendapatan penduduk terutama ketika harga sawit dan getah mengalami kejatuhan,” katanya.

Ujarnya lagi, sebelum ini ketika menjadi Pengerusi Risda, beliau pernah mencadangkan perkara itu namun ianya ditolak.

Menurut Zahidi lagi, kerajaan juga boleh mengenakan cukai ke atas penjualan ketum dan hasil cukai berkenaan boleh digunakan untuk mengadakan program motivasi, cegah dadah dan sebagainya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya hanya akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada berkaitan ketum.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bunuh Ibu Sendiri, Suspek Di Bawah Pengaruh Bau Petrol?
Coca-Cola Kaji Untuk Hasilkan Minuman Perisa Ganja

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍