Ibu bapa seharusnya dijaga dengan baik lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tua. Inilah masanya kita membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita dengan susah payah dahulu.

Namun, seorang lelaki di Jitra, Kedah, tergamak menyerang ibu bapanya menggunakan gergaji di rumah mereka hanya kerana alasan yang tak munasabah.

BACA: Jijik! Ibu Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Makanan

Gambar sekadar hiasan

Mangsa kejadian, Tom Wahid, 64 tahun, dan suaminya, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67 tahun, berada di rumah mereka di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok, Jitra, Kedah, ketika kejadian yang berlaku pada 11 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim memberitahu pihak mereka mendapat panggilan awam mengenai kejadian tersebut pada pukul 12 tengahari.

Ketika anggota polis sampai di rumah mangsa, suspek dikatakan bercangkung di hadapan rumah sementara ayahnya terbaring di dapur manakala ibunya lari ke rumah jiran dengan keadaan muka berdarah.

Selepas itu, suspek bersama sebilah gergaji di sebelahnya itu ditahan polis untuk siasatan lanjut. Hasil ujian mendapati dia berada di bawah pengaruh dadah jenis ganja, heroin dan syabu.

Ketika kejadian, suspek didakwa memarahi ibunya kerana melaporkan dirinya kepada kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenai kes sebelum ini.

Disebabkan itu, dia mengamuk dan memukul ibunya hingga patah ibu jari tangan kanan, luka di pipi dan bahu serta lebam seluruh badan manakala dia menyerang ayahnya hingga luka di perut.

Berikutan itu, suspek ditahan bersama gergaji besi dan penimbang air dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Itulah kesannya jika kita bergantung hidup pada najis dadah. Hanya kerana berada dalam pengaruh dadah, mereka sanggup mencederakan ibu bapa sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ibu Kandung Lacurkan Anak Perempuan Demi Bayar Hutang
Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun
Tersedu Ibu Menangis Bila Terima Hadiah Dari Anak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sotong King Besar Muka Manusia Hanya di Brotherhood & Co