Sejak Barisan Nasional tewas pada PRU yang lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perhatian ramai bukan saja dalam Malaysia malah luar negara berikutan isu 1MDB.

Walaupun ramai yang mengecam Perdana Menteri ke-6 itu, tidak kurang juga rata-rata penyokong Najib sudah pasti rasa kasihan di atas satu demi satu tuduhan yang menimpa dirinya.

BACA: Najib Kecam Polis Makan Coklat Ketika Serbuan

Dalam satu temubual baru-baru ini, Najib mengaku tidak bersalah meskipun beliau bakal berdepan dengan pelbagai tuduhan undang-undang. Menerusi Twitter, netizen berkata, Najib masih lagi berkhayal dan belum menyesal.

Ini antara rangkuman pendapat netizen dari MalaysiaKini dan di Twitter berhubung isu tersebut.

Masih berkhayal, Najib anggap semua orang memfitnahnya

“Najib, mungkin US Department of Justice (DOJ) memfitnah kamu, pihak berkuasa Switzerland dan pihak berkuasa Monetari Singapura juga memfitnah kamu. Ditambah, pula seluruh Malaysia (kecuali penyokong kamu) memfitnah kamu.

“Ramai betul orang yang memfitnah kamu. Malangnya, kebenaran kini sudah terbongkar. Tolong jangan terus menipu penduduk di Pekan.”

Najib patut rakam & dengar semula ucapan mengarut tersebut

“Kepada bekas PM, anda pernah cakap anda sangat hargai kejujuran dari kebijaksanaan, tapi saya mengaku bahawa saya tidak sedar apa yang anda katakan itu kena pada diri anda sendiri.

“Awak patut rakan dan dengar semula ucapan anda sendiri dan baru tahu betapa mengarutnya ucapan tersebut. Saya tak tahu macam-mana awak mampu jadi PM sejak 2009.

Dengan gaji sebagai PM, tak mungkin mampu beli semua tu

“Siapa yang akan mengaku diri mereka salah? Itulah sebabnya ada mahkamah untuk periksa bukti dan menentukan kebenaran. Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib tidak mencuri, maka dia akan dibuktikan walaupun saya sangat ragu-ragu dengan jumlah emas, permata, wang dan beg tangan bernilai berjuta ringgit ditemui dalam serbuan baru-baru ini.

“Kalau ikuatkan dengan gaji yang diterima, tidak mungkin dia dapat miliki kesemua barangan tersebut. Jadi, mahkamah akan menentukan sama ada dia seorang pencuri.”

Najib masih tak mahu mengaku salah, hati batu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?