Jika sebelum ini, mi ramen Samyang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia yang sukakan makanan pedas. Siap ada ramen challenge sekali untuk tengok sama ada mampu atau tidak untuk menahan kepedasan mi ramen tersebut.

Sebut je pasal Samyang memang ramai yang teruja. Kali ini resepi lebih meletup yang dikongsikan menerusi Facebook oleh Shahida Khairuddin yang mengolah resepi ayam goreng Samyang menggunakan sos daripada Dominos Pizza.

BACA: Pedas Tapi Boleh Hafaz Quran, Huffaz Samyang Dipuji

Menurut Shahida sebelum ini dia pernah mencuba resepi Korean fried chicken di Internet tapi tidak menjadi. Resepi yang dikongsikan olehnya ini sememangnya menjadi.

Bahan-bahan:

  • 4 ketul kepak ayam
  • 5 ulas bawang putih1 inci halia
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 senduk sos Samyeang Dominos Pizza
  • 1/2 senduk air
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya

Cara membuatnya:

1. Kisar halia dan bawang putih. Campurkan lada sulah, lada hitam dan garam. Perapkan bersama ayam selama 1 jam.
2. Lepas sejam, celupkan ayam perap ke dalam telur yang telah dipukul(tambah secubit garam), kemudian salutkan dengan tepung gandum.
3.Goreng hingga garing. Ketepikan.
4. Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam dalam kuali, masukkan sos samyeang dan air. Didihkan.
5. Dah didih terus masukkan ayam, kacau rata.

Siap!

Buat ibu-ibu diluar sana, boleh la cuba resepi ini untuk anak-anak. Tak perlu dah beli dekat luar, buat sendiri lagi puas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!