Sebelum ini tular mengenai beberapa jenama sardin dalam tin yang dikatakan mengandungi cacing. Ramai juga yang takut untuk membeli sardin yang dijual di pasaran.

Tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak, seorang pengguna Twitter memuat naik status mengenai sosej yang dikatakan mengandungi cacing. Menerusi status tersebut, gadis itu terkejut dan tidak pasti dengan apa yang dilihatnya selepas membelah sosej yang dibelinya dan mempunyai urat-urat seperti cacing.

BACA: 6 Lagi Jenama Sardin Disahkan Ada Cacing

Dalam masa sama, rakannya cuba membuat carian tentang cacing di dalam sosej dan menemui gambar cacing yang seakan sama.

Gadis itu turut tertanya-tanya bagaimana cacing itu boleh berada di dalam sosej. Ada yang meminta untuk melaporkan perkara tersebut kepada syarikat pengeluar sosej dan gadis itu sudah pun berbuat demikian.

 

Namun ada netizen yang menegurnya kerana terburu-buru menaikkan status tersebut di Twitter tanpa menunggu respon daripada syarikat tersebut.

 

 


Tidak kurang juga ada yang tidak percaya dan cuba bersangka baik dan memberitahu ia bukanlah cacing tetapi isi ayam yang tidak hancur semasa diproses.

Dalam pada itu, ramai netizen yang membeli sosej jenama yang sama meluahkan rasa risau sekiranya mereka turut menemui cacing di dalam sosej atau mungkin sudah selamat masuk ke perut.

Apa pun, perkongsian tersebut membuatkan ramai yang risau untuk membeli sosej. Kalau rasa ragu-ragu, lebih baik buat sosej sendiri di rumah, lagi bersih dan selamat. Sekarang ni banyak resepi yang dikongsikan di media sosial.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rahang Sangkut Makan Burger?