Sebut saja teh susu atau teh tarik pasti ramai tahu minuman ini sememangnya sangat popular di restoran mamak. Bukan itu saja, teh susu juga kini menjadi kegilaan penggemar ‘milk tea’.

Meskipun banyak manfaat yang boleh didapati daripada minuman berasaskan teh, tetapi pengambilan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

BACA: Doktor Terkejut Ratusan ‘Pearl’ Tersangkut Dalam Usus Remaja

Lebih mengejutkan, kesan sampingan jika minum teh susu terlalu banyak boleh mengakibatkan keguguran. Ini enam kesan sampingan buat peminat tegar teh susu.

1. Imsonia

Teh terutamanya teh hitam kaya dengan kafein. Apabila badan anda mengandungi kafeina yang berlebihan, ia akan menyebabkan gangguan tidur seperti imsonia. Minum teh susu lebih dari dua cawan akan mengundang masalah tidur.

2. Kerisauan melampau

Teh herba kamomil cukup dikenali dengan untuk memberikan ketenangan, namun amalan minum teh susu berlebihan boleh menyebabkan kerisauan melampau.

Walaupun teh boleh mengaktifkan sel otak untuk jadi tenang, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam kimia otak jika minum terlalu banyak. Jangan minum teh lebih dari 150 milimeter sehari.

3. Jerawat

Salah satu kesan sampingan paling ketara adalah kemunculan jerawat di seluruh badan. Kuantiti teh yang kecil boleh membuang toksin dalam badan, tetapi jika berlebihan mampu membuatkan tubuh berasa panas dan ketidakseimbangan dalam kimia badan.

4. Sembelit

Teh mengandungi kafein dan sejenis kimia dipanggil teofilina yang membuang toksin pada badan, menenangkan minda dan otot serta meningkatkan aliran darah.

Namun, sekiranya anda minum teh terlalu banyak, teofilina boleh menyebabkan berlakunya sembelit melampau sehingga membuatkan badan mengalami dehidrasi.

5. Ketidakseimbangan tekanan darah

Salah satu kesan paling bahaya adalah ketidakseimbangan tekanan darah kerana kadar degupan jantung meningkat sehingga menyebabkan tekanan darah naik jika diminum secara berlebihan.

6. Risiko keguguran

Minum teh boleh mengendurkan otot, tetapi bagi wanita hamil, otot yang terlalu relaks boleh mengakibatkan keguguran.

Elemen membuang toksin yang terlalu banyak atau aliran darah tidak sekata meninggikan risiko kesihatan pada ibu dan bayi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥