Siapa yang suka sangat minuman bubble tea bersama pearl, mungkin anda akan berfikir sepuluh kali sebelum membelinya selepas anda membaca kes yang berlaku di China ini.

Siapa sangka, minuman kegemaran ramai ini boleh membawa masalah apabila seorang remaja ini yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut serta sukat untuk membuang air besar.

BACA: “Telur Dadar Pearl? Boleh Nak Kreatif Tapi Jangan Bangang”

Apa yang mengejutkan, hasil pemeriksaan doktor menemui sejumlah besar bubble tea pearl yang tidak dapat dihadam di dalam usus remaja tersebut.

Berikutan itu, doktor menyoal siasat remaja tersebut dan memberitahu dia ada mengambil minuman tersebut lima hari lalu. Namun, doktor yang merawatnya berkata tidak mungkin sejumlah besar pearl itu diambil dalam masa satu hari.

Akhirnya, remaja itu mengaku bahawa dia berbohong dan sebenarnya mengambil minuman tersebut hampir setiap hari.

Remaja itu kemudian diberikan ubat jenis julap untuk membantu mengeluarkan pearl tersebut daripada ususnya.

Doktor itu memberitahu pearl yang dibuat daripada kanji ubi kayu semenangya sukar untuk dihadam. Tambahn pula, ada yang menggunakan bahan tambahan untuk membuatkan pearl tersebut lebih kenyal.

Katanya lagi, pearl boleh mendatangkan bahaya untuk sistem pencernaan jika diambil secara berlebihan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥