Madu lebah asli memang susah untuk dicari dan disebabkan itu, harga madu boleh menjadi mahal dan tak masuk akal jika dijual. Setakat ini, madu paling mahal di dunia ialah madu Elvish yang berharga 5,000 Euro (RM24,917) per kilogram. Mahal betul!

BACA: Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!

Sumber dari healthywithhoney.com

Madu ini berasal dari Turki dan diekstrak dalam gua yang mempunyai kedalaman 1.800 meter di lembah Saricayir, Artvin, Timur Laut Turki.

Pada tahun 2009, seorang penternak lebah, Gunay Gunduz merupakan orang yang berjaya menemui madu termahal di dunia ini kerana dia hairan mengapa terlalu banyak lebah selalu masuk ke gua tersebut.

Sumber dari merdeka.com

Rupa-rupanya, gua itu menyimpan semua madu yang datang dari lebah yang selalu masuk ke situ dalam jumlah yang banyak.

Hasilnya, Gunduz menjumpai kira-kira 18 kilogram (kg) madu yang melekat di dinding gua. Bahkan, ia dikatakan mahal kerana mempunyai kandungan mineral tinggi dan dipercayai berada dalam gua selama tujuh tahun.

Sumber dari wordpress.com

Selain itu, madu Elvish telah memasuki pasaran saham pada tahun 2009. Pada jualan yang pertama, ia dijual pada harga 45,000 Euro (RM224,353) untuk satu kilogram. Memang kaya betul siapa yang dapat beli madu Elvish ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Makanan Thai Street Food Paling Mahal Anda Harus Cuba
Bawa Kereta Mewah, Peniaga Caj Mahal

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry