Baru-baru ini Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan mengumumkan berita gembira buat golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota, di mana mereka bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’ mulai tahun ini.

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa di sekitar ibu kota.

BACA: Bas Free KL Dipenuhi Warga Asing, Netizen Marah Betul!

Bilik berkonsep ‘capsule hotel’ itu sudah mula dibina sejak dua minggu lalu di sebuah bangunan lama DBKL yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sebanyak dua blok digunakan yang mana setiap blok memiliki 120 buah bilik. Projek ini mampu menampung 200 penghuni dan akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100.

Setakat ini, peruntukan untuk tujuan tersebut menelan belanja sehingga RM10 juta dan dijangkakan akan siap dalam pertengahan tahun ini. Permohonan akan dibuka secara online menerusi iklan DBKL  dalam masa yang ditetapkan kelak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥