Baru-baru ini kecoh di media sosial, pengguna Tesco mempersoalkan botol cecair peluntur dan minuman yogurt yang kelihatan sama.

Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan dikalangan pengguna tentang bahayanya persamaan botol tersebut dimana mungkin akan ada pengguna tersilap minum.

BACA: Isu Ayam Tidak Disembelih, Ini Jawapan Tesco Malaysia

Susulan isu tersebut, Tesco Malaysia tampil memberikan kenyataan bahawa pihaknya akan meletakkan tanda amaran pada botol peluntur pakaian yang dikeluarkan syarikat itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pelanggan.

“Tesco Malaysia peka dengan kebimbangan disuarakan berhubung persamaan reka bentuk produk peluntur dan minuman yogurt Tesco Everyday Value.

“Kami ingin memaklumkan pihak kami sedang mengubah semula reka bentuk produk tersebut dan rekaan dijangka dilancarkan selepas bulan Jun nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, buat masa ini pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya dengan menambah amaran keselamatan pada bahagian hadapan botol peluntur.

Jelasnya lagi, semua produk pencuci lantai berasid dan produk peluntur dikeluarkan Tesco dilengkapi dengan penutup keselamatan untuk kanak-kanak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱