Sejak kebelakangan ini semakin ramai pula peniaga memilih untuk menjual bengkung. Yelah, ada yang menganggap memakai bengkung merupakan cara mudah untuk kempiskan perut.

Ada yang menggunakan korsert untuk menyorokkkan perut dan mahu menampakkan kelangsingan badan, tetapi tahukah anda bahaya pemakaian bengkung jika memakainya dalam tempoh masa yang lama?

BACA: Doktor Terkejut Ratusan ‘Pearl’ Tersangkut Dalam Usus Remaja

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter,  Aush Abdul yang juga merupakan seorang doktor berkongsikan kesan-kesan pemakaian bengkung yang ramai tidak tahu.

 

Untuk pengetahuan anda bengkung selalunya digunakan oleh wanita selepas bersalin dan mereka yang mengalami kecederaan tulang belakang.

Namun kini, penggunaan bengkung telah disalah guna oleh beberapa pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjualnya secara berleluasa kononnya bengkung boleh mengurus dan merampingkan badan.

Doktor ini dedahkan beberapa kesan buruk jika anda memakai bengkung setiap hari.

1. Radang kulit

Kau bayangkan, ikat corset ketat-ketat lepastu seharian pakai corset dalam jangka masa lama, dengan material yang belum tentu selesa dengan kulit yang boleh membuatkan gatal2. Silap haribulan jangkitan pada kulit pun boleh kena.

2. Acid Reflux

Pemakaian corset menyebabkan anda menekan bahagian pertengahan badan yang boleh menyebabkan perut anda ke atas dan peluang untuk anda mengalami pedih ulu hati dan tidak penghadaman adalah tinggi. Bayangkan lama2 nanti boleh kena ulser.

3. Pernafasan

Bila pakai corset, nak bernafas pun payah. Bayangkan diaphragm (anak panah hijau) susah nak mengembang. Jadinya kurang oksigen masuk dalam badan korang.

4 . Lebam

Lebam boleh jadi disebabkan oleh trauma. Saluran darah yang halus2 (capillaries) pecah menyebabkan darah terkumpul di bawah permukaan kulit.Trauma ni macam2.. dalam kes ni, kalau pakai corset ketat2 maka chances berlakunya contusion adalah tinggi.

5. Kebas 

Bila tekanan berlaku, bukan sahaja peredaraan darah terganggu, malah saraf juga boleh terganggu. Korang akan rasa macam tercucuk-cucuk atau kebas dekat kawasan dari pinggang ke kaki (lower limb)

6. Psychology

Of course kalau korang dah biasa pakai corset, secara luaran korang akan nampak cantik. Tapi korang akan rasa stress bila dah bukak bengkung segala benda, dan tak boleh nak terima keadaan asal badan korang. Lepastu mula lah depression dan telan 16 biji pil kurus.

Diharap perkongsian ini dapat membuka mata ramai orang diluar sana tentang bahaya pemakaian bengkung dalam tempoh masa yang lama. Janganlah ambil cara mudah untuk kurus kerana bahaya akan menanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?