Dalam dunia ini ada pelbagai penyakit pelik yang dihidapi manusia yang kadangkala sukar untuk dipercayai contohnya bayi dilahirkan mempunyai ekor di belakang badan.

Ia tidak mustahil dari segi saintifik malah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Seorang kanak-kanak lelaki di India mempunyai ekor sejak lahir dan dia disembah sebagai Tuhan di kampungnya.

BACA: Tangan Besar, Dipanggil Syaitan

Krishna Yadav, tiga tahun, berasal dari Kukudi, Uttar Pradesh, India, menjadi perhatian di kampungnya kerana mempunyai ekor sejak lahir.

Orang kampung menganggap Krishna sebagai ‘jelmaan Bajrangbali’, Dewa Monyet Hindu dan bapanya, Ramsundar Yadav juga berpendapat sedemikian.

Selepas berjumpa doktor, mereka baru sedar bahawa ‘ekor’ yang tumbuh pada badan anaknya adalah satu ketumbuhan hasil gumpalan dagingdi bahagian belakang badan yang tak diperlukan.

Oleh itu, Ramsudar dan isteri, Kavita, 22 tahun, bersetuju untuk membuat pembedahan membuang ekornya anak mereka tetapi perkara pelik sering berlaku sebelum hari pembedahan tiba.

“Setiap kali kami bersiap sedia untuk pembedahan, beberapa masalah pelik akan berlaku, sama ada suami saya tidak dapat menguruskan dana atau anak lelaki kami tiba-tiba demam teruk.” jelas Kavita.

Jiran mereka menganggap ia adalah peringatan daripada para ‘dewa’ yang akan murka jika mereka meneruskan pembedahan membuang ekor anak mereka.

Walau bagaimanapun, Dr Vipul Kumar dari Hospital SRN memberitahu ketumbuhan seakan-akan ekor itu berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dan satu dalam 20,000 orang berisiko untuk terkena penyakit ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Miliki 140 Ijazah, Lelaki Ini Lupa Jalan Pulang
Ini Sebab Lelaki Suka Makan Batu Bata

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Yang ‘Merecik’ Sangat Ni?