Seorang lelaki bertindak menikam ibunya sebanyak 17 kali di rumah mereka hanya disebabkan teh yang dibancuh oleh wanita itu tidak cukup susu. Kejadian tersebut berlaku di Coventry, England.

Thomas yang merupakan seorang penganggur ditahan pihak polis selepas mayat ibunya, Susan Westwood, 68 tahun ditemui.

BACA: Gagal Matematik, Budak 12 Tahun Bunuh Diri

Selain mendakwa teh yang dibancuh tidak cukup susu, dia juga menuduh ibunya sering membulinya setiap hari sehingga menyebabkan dia hilang kawalan.

Menurut salah seorang daripada saudaranya berkata, mereka sangat terkejut kerana sanggup seorang anak membunuh ibunya sendiri.

“Dia seorang ibu yang penyayang, seorang kakak dan kawan yang akan dirindui.

“Kehilangan seseorang dalam hidup ini memang sesuatu yang buruk namun kematiannya yang dibunuh oleh seseorang yang disayanginya merupakan satu yang kejam,” katanya.

Dalam pada itu, Thomas mengaku salah atas pembunuhan yang dijalankan dan hukuman ke atasnya akan diputuskan pada 3 Ogos ini di mahkamah Leamington.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”