Setiap kali ke kedai mamak, tak sah rasanya kalau tak pekena teh tarik dengan roti canai. Namun sejak kebelakangan ini banyak cerita yang tidak sedap didengar mengenai tahap kebersihan kedai mamak.

Kalau anda suka sangat roti canai, apa kata buat je sendiri di rumah. Takkan la hari-hari nak beli. Resepi yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Aaron Luqman ini khas untuk mereka yang baru nak belajar buat roti canai.

BACA: Roti Canai, Teh Tarik Sah Akan Dikenakan Cukai SST

Bahan-bahan:

3 cawan Tepung gandum (dapat 10 keping)
1 sudu majerin
1 sudu kecil susu pekat
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Air panas secukupnya (dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara membuatnya:

1. Gaul semua bahan sehingga sebati. Lepas gaul semua barulah masukkan telur. Kemudian gaul lagi sebati. Selagi tak sebati jangan masukkan air. Takut telur tu masak (jadi ketul-ketul).

2. Ulilah sehingga lembut. Betul-betul lembut sampai pakai jari saja pun boleh. Selagi belum lembut, masukkan air sedikit demi sedikit. Kemudian uli lagi. Tak lembut lagi, boleh masukkan lagi air sehingga benar-benar lembut.

3. Nak tau doh dah siap atau tidak, tekan-tekan pada doh yang di uli. Jika doh tersebut melawan balik maknanya perlu diuli lagi. Pastikan ianya penyet, macam gula-gula getah.

4. Selepas selesai uli, rehatkan dalam 30 minit hingga sejam. Tutup dengan kain lembab supaya ianya dapat bernafas. Yang pasti jangan letak dalam peti ais, boleh rosak doh. Kalau tak nak pakai kain lembab pun tak apa, tutup saja dengan apa yang boleh, yang penting tak nak bagi angin masuk.

5. Lepas direhatkan, inilah hasilnya. Bergetah dan Kenyal. Kemudian boleh buat bebola kecil-kecil.

 

6. Sediakan bekas bersih yang disapu majerin dalam. Tujuannya untuk pastikan doh tidak melekat. Bebola-bebola juga boleh disapu majerin, supaya tak melekat. Ada orang pakai minyak. Terpulang.

7. Boleh mula menebar. Kalau tak nak tebar boleh main tarik-tarik je. Penyetkan kemudian tarik sampai nipis.

8. Kemudian boleh la masak. Nampak tak gebu? Sampai kembung. Betapa rangup dan ahhh sedapnya.

Boleh nikmati bersama keluarga. Tak payah susah-susah nak beli. Buat sendiri lebih jimat dan bersih.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang