Jika anda peminat minuman berkarbonat Coca-Cola, pasti anda tak sabar menantikan ‘Coca-Cola Clear’ untuk memasuki pasaran Malaysia.

Berita baik buat anda, mulai Ogos depan anda boleh dapatkan minuman tersebut di kedai serbaneka FamilyMart.

BACA: Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi

Sama seperti Coke Zero dan Coke Light, versi ‘jernih ini juga adalah minuman tiada kalori sesuai untuk mereka yang tidak mahukan minuman bergula. Minuman terbaru ini juga dikatakan mempunyai rasa lemon dan formula rasanya diubah sedikit.

Boleh dikatakan Jepun antara negara bertuah kerana apa saja keluaran terbaru akan memasuki negara tersebut terlebih dahulu. Sebelum ini Coca-Cola memperkenalkan Lemon-Do dimana minuman tersebut merupakan minuman Coke yang mengandungi alkohol.

Walaubagaimanapun, kita agak beruntung kerana FamilyMart akan membawa minuman menarik ini bersama-sama dengan banyak barangan lain pada Ogos depan. Namun harga yang ditawarkan agak mahal iaitu RM8.49 untuk botol 500ml. Agak-agak ada diskaun tak?

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?