Setiap kali Hari Raya, tak sah rasanya kalau tak ada juadah rendang. Kalau buat rendang memang kena masak untuk dihidangkan pada tetamu yang datang.

Tapi selalunya rendang yang dimasak akan cepat basi walaupun sudah dipanaskan berulang kali. Memang rugi kalau masak banyak-banyak tapi tetap tak tahan lama.

BACA: 8 Jenis Rendang ‘Terpelik’ Yang Ramai Tak Tahu

Sebenarnya ada petua yang boleh anda cuba untuk pastikan rendang anda tahan lama dan tak cepat basi.

1. Kurangkan kuantiti penggunaan santan

Jika anda nak tahu, bukan semua resepi rendang menggunakan santan kerana penggunaan kerisik yang menggantikan santan mengandungi lemak yang tersendiri. Tapi jika nak gunakan santan juga, seeloknya kurangkan kuantiti yang biasa. Kalau boleh gunakan santan segar dan berkualiti untuk elakkan rendang cepat basi.

2. Pastikan alat perkakas kering

Paling penting, pastikan alat perkakas seperti senduk, periuk, kuali dan lain-lain perlu dikeringkan dahulu agar rendang yang dimasak tidak terjejas dan tahan lebih lama.

3. Goreng separuh masak

Anda disyorkan menggoreng ayam atau daging hingga separuh masak sebelum memasak rendang. Cara ini adalah untuk mengeringkan makanan tersebut supaya rendang yang dimasak nanti lambat basi.

4. Pecah minyak

Tanda pecah minyak apabila warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan terpercik. Pastikan bahan-bahan betul-betul sudah garing dan pecah minyak. Kemudian, barulah masukkan daging atau ayam yang hendak dimasak.

5. Rendang kering

Cara terbaik memasak rendang adalah masak sehingga kering dan tidak berkuah.Selain rendang tahan lebih lama, daging yang dimasak rasa lebih lembut dan sedap.

6. Periuk tidak tutup rapat

Selepas selesai masak, wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam. Itu yang menyebabkan rendang cepat basi. Cara yang terbaik buka sedikit penutup agar terdapat ruang untuk wap tersebut keluar dari periuk. Bila rendang dah sejuk, baru boleh tutup rapat.

7. Menyejukkan Rendang

Rendang sudah siap dimasak yang ingin disimpan hendaklah diletakkan dalam peti sejuk untuk bertahan lebih lama. Kalau boleh simpan dalam beberapa bekas kecil. Jika simpan dalam bekas besar, rendang tersebut akan dibawa keluar masuk banyak kali dan itu juga jadi punca rendang cepat basi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?