Menteri Pertaniaan dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek mendedahkan bahawa durian Musang King merupakan ‘buah’ kedua yang paling popular di China selepas telefon bimbit mudah alih, iPhone X milik Apple.

BACA: Makan Percuma, Kenny Rodgers Belanja

Ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung semalam, Shabery mendedahkan rakyat negara itu sanggup beratur panjang untuk dua faktor, pelancaran iPhone X dan untuk merasai durian Malaysia.

“Di Amerika Syarikat dan Eropah, mereka menjadi pengeksport terbesar buah oren dan anggur.

“Kita tidak memiliki buah yang mempunyai nilai eksport yang tinggi selain daripada nenas. Kerana itulah durian dianggap sebagai buah yang luar biasa,” kata Shabery.

Menyedari kenaikan mendadak harga durian ketika ini terutamanya Musang King yang dijual sehingga RM100 sekilogram, Shabery bagaimanapun menjelaskan bahawa kenaikan tersebut tidak berpunca daripada populariti buah itu di China.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni