Mesti anda pernah dengar petua kononnya kalau kena tonsil bengkak kena makan aiskrim vanila untuk hilangkan rasa sakit dan sembuhkan bengkak tersebut.

Namun seorang mendedahkan petua tersebut mengarut dan selama ini mereka yang menghadapi tonsil bengkak telah memudaratkan diri. Petua tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana pakar, namun ramai yang menganggap aiskrim vanila mampu sembuhkan penyakit tersebut.

BACA:ย Mulut Boleh Terbakar Makan Snek Berapi Ini!

Menerusi Facebook, Dr. Abdul Rahim kongsikan dan tampil perbetulkan tanggapan orang ramai bahawa petua tersebut hanya mitos semata-mata.

“Betul ke makan ais krim vanila boleh sembuhkan penyakit TONSILLITIS?”

Buka Mulut anda luas2. Mai doc torch tengok. Tudiaaaaa Bengkaknya TONSIL anda. Hihihi Doc acah je.

1.Tonsil diciptakan Allah di bahgian tepi kerengkong ( kanan & kiri ) sbgai BODYGUARD semulajadi & punyai sistem imum/pertahanan untk melindungi tubuh doc/ anda dari beragam infeksi yg masuk melalui mulut kita. Klu ada infeksi virus atau kuman di tekak kita, sistem limphatik tonsil akan activate, membengkak & radang untk melawan infeksi tersebut. Keadaan ni di panggil TONSILLITIS.๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ท

2.Jika infeksi di tonsil disbb virus ( Epstein Barr, Adenovirus, Measles), tonsil tu bengkak & sakit je. Klu infeksi disbbkan bacteria, tonsil tu bengkak, sakit & BERNANAH.๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

3. Gang yg kerap kena TONSILLITIS ialah kanak2 antara 2-15 thn. Tak kecuali gang doc yg Veteran dimana pertahanan badan dah mula menurun.

4. Tanda-tanda anda dijangkiti TONSILLITIS

– Sakit tekak teramat sangat sbb bengkakkan TONSIL.
– Deman tinggi ON & OFF.
– Sakit kepala, sakit badan, urat sendi & …bini urut pun X baik. …monyok & letih selalu.
– Suara ROCK atau HILANG SORA…hihihi
– Mulut bau busuk, kena spray minyak wangi lebih2 sikit.
– Bini suruh tidok luar…hihihi padan muka sbb BERDENGKUR sampai bergentar bumbung rumah. Bini nak tidok ganggu…hihi Padan muka
– Ada bengkakan gelendir/ Lymph Node di leher.

5. Tonsil perlu dirawat lebih awal, kalau dibiar boleh bahayakan diri

– Kuman tonsil ni boleh masuk ke dlm saluran darah= SEPTECEMIA…ke otak. Maka kita KO le
– Tonsil boleh akibatkan sakit BUAH PINGGANG ( Acute Glomerulonephritis) & Rheumaik Fever & gangguan JANTUNG!
– SLEEP APNEA= Penyakit terhenti bernafas dgn tiba2 disebabkan bengkakkan tonsil….harap2 dpt nafas kembali. Klu tak……

6. Ini antara Rawatan Tonsillitis

-Ubat hisap Lozenges atau kumur Thymol Gargle untk reda sakit/ keradangan kerengkong.
– Papase/Peptidase untk kurangkan bengkakan tonsil.
– Tahan sakit kerengkong dgn Paracetamol atau Ibuprofen.
– Klu infeksi tonsil bernanah kerana kuman, di beri Ampicillin, Amoxillin, Cephalaxin atau Erytromysin. Ada yg ambil Augmentin.
– Klu tonsillitis kerap berulang & bengkak menutup ruang tekak elok bedah je, TONSILLECTOMY.

7. MITOS / KEPERCAYAAN RAMAI

Ais krim TAK boleh menyembuhkan TONSILLITIS. Ais krim hanya mereda sedikit Kesakitan kerengkung & di beri kpd kanak2 yg hilang selera mkn krn tonsilitis supya mereka ada tenaga. Tak kisah ais krim Vanilla, Chocklet, Strawberry dll. Ada ais krim yg memburuk lgi TONSILLITIS krn mengandungi bahan kimia berbahaya.

Sebenarnya ais krim diberi kpd pesakit selepas TONSILS mereka dikeluarkan dlm pembedahan TONSILECTOMY!!. Ia membantu menghentikan pendarahan akibat luka yg disbbkan oleh pembedahan tu.

Diharap perkongsian ini dapat membuka mata orang ramai tentang bahaya jika bengkak tonsil tidak dirawat dengan baik.

Jangan lupa untuk ikuti kami diย Facebookย danย Instagram

Jangan Tengok Video Gomo Sup Air Asam Masa Lapar!