Sebut saja kedai serbaneka FamilyMart dari Jepun ini, pasti ramai tahu bahawa kedai ini sangat popular dengan makanannnya yang pelbagai. Paling menjadi kegemaran ramai ialah Oden mereka yang sangat sedap.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kedai serbaneka tersebut yang tidak mempunyai status halal. Bagaimanapun, tiada keraguan lagi selepas ini untuk menikmati hidangan di kedai tersebut kerana Family Mart sudah pun menerima sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

BACA: Carian Di Portal Rasmi Halal, Kedai Popular Ini Tiada Sijil Halal

Sijil halal yang diterima itu bersamaan dengan pembukaan cawangan FamilyMart ke-100 yang dibuka di Jonker Street Melaka, menjadikan FamilyMart mempunyai 108 cawangan di Malaysia.

Selepas ini, rakyat Malaysia beragama Islam tidak perlu lagi rasa ragu-ragu untuk mendapatkan makanan enak di rangkaian kedai serbaneka popular ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?