Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian Chef Selebriti, Adam Mahamed Ismail atau dilebih dikenali sebagai Adamdidam yang dijemput Ilahi pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Berita tersebut disahkan oleh sepupunya menerusi laman Instagram. Adam disahkan meninggal dunia sekita jam 5 pagi tadi di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.

BACA: Pengasas Satay Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia

Dalam pada itu, laporan memberitahu keluarga Adam dikatakan sudah mengetahui masalah kesihatannya yang menghidapi jangkitan pada paru-paru. Solat jenazah diadakan di Masjid Telipot dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Difahamkan, sebelum ini Adam seolah sudah memberi bayangan akan pemergiannya menerusi perkongsian kedua terakhir yang dimuat naik di Instagram pada Februari lalu menunjukkan dia sedang bertarung dengan sesuatu yang agak serius.

“Sudah agak lama saya menghilang namun sukar untuk mengembalikan kehidupan seperti biasa bila ada sesuatu yang mengubah hidup 360 darjah. Saya berasa tidak terdaya,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Allahyarham, turut memuat naik semula perkongsian berita pemergian Adam dan gambar mereka bersama ketika kanak-kanak di Instagram.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥