Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 mendedahkan, sejumlah 300,000 rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami gangguan mental.

Memetik laporan Astro Awani, hasil saringan Program Minda Sihat pada 2017 ke atas 253,196 pelajar tingkatan empat menunjukkan seramai 1,163 atau 0.45 peratus mengalami kemurungan.

BACA: Rakyat Malaysia Pemalas Dan Pengotor?

Data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan melalui saringan Minda Sihat yang dijalankan bagi tahun 2017, daripada 273,203 orang yang telah disaring, 11,811 daripadanya menunjukkan tanda-tanda kemurungan tahap ringan. Sementara 3,680 di tahap sederhana dan 1,682 berada di tahap teruk.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ada banyak sebab musabab terjadinya gangguan mental antaranya masalah kewangan dan kos hidup yang semakin tinggi menyukarkan hidup.

Image Via The Malay Mail Online

Namun jelas Dr Hilmi, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan punca kemurungan.

“Sebaliknya, terdapat banyak kemungkinan penyebab kemurungan, termasuk regulasi ‘mood’ yang tidak teratur, faktor genetik, peristiwa kehidupan yang tidak dapat ditangani, ubat-ubatan dan masalah perubatan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)