Setiap pasangan pengantin impikan majlis perkahwinan yang indah dan meraikan hari paling bermakna tersebut dengan orang yang tersayang.

Namun, lain pula dengan wanita ini apabila terpaksa bersanding seorang diri di hari istimewa tersebut.

BACA: Kisah ‘Makcik Telekung’ Di Majlis Kahwin

Siapa yang tidak malu dan sedih jika terpaksa bersanding sendirian tanpa suami disisi. Namun wanita ini tabah menghadapinya kerana suaminya tidak dapat hadir kerana tidak dapat pengecualian dari latihan bomba.

Pada awalnya wanita ini memang tidak mahu memakai baju pengantin, tetapi suaminya berpesan jika dia tidak dapat balik dari bertugas, jadi pengantin seperti biasa untuk menggembirakan tetamu.

Kata pengantin perempuan, Badriyah Amirullah, dia dan suaminya Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah bernikah pada November lalu. Sebulan selepas berkahwin, suami mendapat tawaran sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Disebabkan kisah sedih tersebut tular di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan tidak puas hati mengapa pengantin lelaki tidak diberikan pelepasan.

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin dan rakyat Malaysia sepatutnya rasa bangga kerana suaminya tidak dapat hadir kerana bertugas untuk negara.

ARTIKEL BERKAITAN:
Majlis Kahwin Bertemakan Tahun 60-an
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pertama Kali Makan Unicorn Manis!!!