Tidak banyak majlis perkahwinan zaman ini yang bertemakan konsep tahun 60-an di mana persiapan makanan dilakukan secara rewang, pengantin berpakaian songket seperti pengantin zaman dulu dan bermacam-macam lagi yang bercirikan tahun 60-an.

Sebuah keluarga dari Taman Pedas Perdana, Rembau, Negeri Sembilan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka bertemakan tahun 60-an kerana rindu akan suasana majlis perkahwinan zaman tersebut.

BACA: Kek Soto Tiga Tingkat Ganti Kek Kahwin

Pasangan suami isteri, Shaifulizan Sulaiman, 49 tahun, dan isteri, Yusni Ab Kudus, 49 tahun, mengadakan majlis perkahwinan kedua-dua anak mereka dalam suasana klasik selepas melihat tradisi itu sudah semakin lama dilupakan.

Majlis perkahwinan kedua beradik iaitu Shafeerullah, 24 tahun, bersama pasangan, Hasnita Zainal Abidin, 21 tahun dan Shaqeereen Yustieka, 22 tahun, serta pasangan, Hafidra Adri Dasle Asraf, 23 tahun, dimulakan dengan aktiviti rewang iaitu bergotong-royong menyediakan makanan untuk tetamu yang datang.

Bukan itu saja, mereka turut menghadiahkan mangkuk tingkat atau ‘sia’ kepada tetamu sebagai buah tangan.

“Pihak keluarga turut memberikan telur balut yang dibungkus dengan tisu dan diletakkan dalam kotak kertas. Ini adalah budaya Melayu lama, kenapa dilupakan,” tambah bapa pengantin.

Selain itu, pengantin mengenakan pakaian songket yang diberi sentuhan moden untuk hari bersejarah mereka.

Malah, rakan pengantin serta pengapit baju kebaya bersama batik seperti zaman dulu. Ia membuatkan tetamu yang hadir berasa seperti menghadiri majlis kahwin tahun 60-an kerana mereka turut menggayakan pakaian klasik di majlis itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan
Impian Kek Kahwin Rakan Musnah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penuh Udang Satu Pinggan?