Memang mencabar menjadi seorang pendidik di zaman sekarang. Banyak perkara yang mereka tidak boleh buat kerana boleh dihadapkan ke mahkamah.

Terbaru, kes seorang guru bernama cikgu Azizan dibebaskan oleh mahkamah selepas ibu bapa pelajar yang membela anak mereka dikatakan menarik balik saman terhadap cikgu Azizan.

BACA: Kisah Cemas Pelajar Perempuan Di KFC

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Mohd Fadli Salleh, menceritakan kisah rakannya, cikgu A yang juga seorang guru dalam menangani hal sepasang pelajar yang kantoi bercium di dalam kawasan sekolah.

Apa yang mengejutkan, selepas memanggil ibu bapa kedua pelajar itu, mereka tak percaya anak mereka berkelakuan seperti itu dan menganggap cikgu A sengaja mereka cerita.

Walau bagaimanapun, pelajar perempuan tersebut dikatakan telah berhenti sekolah setahun kemudian kerana mengandung anak luar nikah.

Bayangkan, pelajar perempuan tersebut memiliki dua orang anak dalam usia muda iaitu 17 tahun. Kini, pelajar tersebut sudah berusia 23 tahun dan telah tiga kali bercerai serta mempunyai lima orang anak.

Selain itu, warga laman sosial juga bersetuju dengan tindakan cikgu A yang mahu mencegah perkara buruk daripada terjadi kepada pelajar perempuan tersebut, namun nasi sudah menjadi bubur.

Agak menakutkan apabila pelajar-pelajar zaman sekarang tidak menghormati insan yang memberi ilmu kepada mereka dan sanggup menipu di hadapan ibu bapa sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mangsa Kena Cabul, Orang Ramai Cuma Ketawa?
Pelajar Malaysia Berat Badan Terlebih

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati!