Ayah merupakan insan yang perlu kita hormati dan dikasihi. Sebagai seorang anak, kita harus memupuk kasih sayang dan melayan mereka dengan baik, lagi-lagi apabila mereka sudah tua.

Namun, dalam satu kejadian yang berlaku di Ipoh kelmarin, seorang anak tergamak membunuh bapanya sendiri dan lebih menyayat hati mangsa telah dikerat dengan 6 bahagian kemudian ditanam di belakang rumah.

Suspek di bawah pengaruh dadah

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 52 tahun pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, jiran memaklumkan ada mendengar pergaduhan antara mangsa dan anak lelakinya, malam tadi.

Yahya berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan kejam itu selepas beberapa kali dimarahi bapanya kerana menghisap syabu dalam rumah dan suspek turut disyaki berada dalam keadaan khayal ketika membunuh dan mengerat tubuh badan mangsa.

Ini kronologi kejadian

Mayat You Su Kim, 74, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu dalam sebuah tangki kumbahan sedalam 1.5 meter dan lubang yang digali di belakang rumah mangsa.

Kejadian ngeri itu disedari oleh anak perempuan mangsa kira-kira jam 9 pagi tadi selepas menemui beberapa kesan darah di tilam, bantal dan dinding rumah terbabit.

Polis menahan anak lelaki mangsa berusia 52 tahun pada jam 1.30 tengah hari semalam.

Jiran memaklumkan ada mendengar pergaduhan antara mangsa dan anak lelakinya, malam sebelum kejadian.

Infografik anak bunuh dan kerat bapa 6 bahagian. Imej dari NSTP

Suspek yang ditahan kemudian menunjukkan senjata iaitu sebilah parang panjang berukuran 0.6 meter yang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.

Kedua tangan dan kaki mangsa yang dikerat serta kepala yang dipenggal ditanam di dalam lubang yang digali suspek berhampiran pagar di belakang rumah, manakala bahagian badan mangsa pula dibuang ke dalam tangki kumbahan.

Polis percaya mangsa dibunuh sekitar jam 12 tengah malam dan seorang daripada anak perempuan mangsa yang tinggal berhampiran mendakwa ada mendengar bapa serta abangnya bertengkar kira-kira jam 8 malam.

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥

Sumber: BeritaHarian