Seorang lelaki nyaris maut selepas dia bertindak menikam kepalanya sendiri kononnya untuk membantunya bernafas dengan lebih baik.

Lelaki tersebut, Yury Zhokhov, 41, ditemui oleh pihak polis dengan keadaan sedang melutut di sebuah ladang dengan sebilah pisau 8 inci terpacak di atas kepalanya.

BACA: Bos Tak Lulus Cuti Mati Ditikam Pekerja

Lelaki itu mendakwa, dia ingin membuat lubang lain di kepalanya kerana dia tidak dapat bernafas dengan betul melalui hidungnya. Menurut pihak berkuasa Donetsk di wilayah Rostov, Rusia, lelaki itu ditemui dalam keadaan sedar sepenuhnya.

“Saya tidak dapat bernafas dengan baik, jadi saya tikam kepala saya. Kepala saya boleh bernafas, tapi jika saya tikam kepala saya ia tidak lagi boleh bernafas.

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital dan imbasan X-ray menunjukkan pisau tersebut terbenam dengan dalam di kepalanya.

Pakar bedah yang mengeluarkan pisau tersebut berkata, ianya satu keajaiban apabila lelaki itu masih lagi hidup dan tidak mengalami kecederaan serius pada otak. Bagaimanapun, mereka bimbang pembedahan tersebut menyebabkan jangkitan kuman.

Laporan memberitahu, lelaki tersebut bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱