Sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah pemakanan yang unik cencaluk adalah satu produk framentasi ikan tradisional yang sudah wujud dari generasi ke generasi oleh masyarakat Melayu di Melaka.

Cencaluk juga boleh di temui di kepulauan Indonesia seperti di Pontianak yang disebut dengan mencalok. Di Bangka terdapat produk yang mirip dengan cencaluk disebut dengan rusip yang dibut dari ikan kecil.

Kalau budu jadi kebanggan orang Pantai Timur begitu juga cencaluk bagi orang Melaka. Dan ini beberapa perkara mengenai cencaluk yang perlu anda tahu.

 

Tersenarai sebagai makanan tradisional Melayu oleh penulis Inggeris

Cencaluk merupakan sejenis makanan yang dihasilkan daripada udang geragau yang diproses untuk dijadikan perisa makanan yang kaya dengan protin.

Melaka adalah negeri yang cukup sinonim dengan cencaluk. Kerana telah berkurun-kurun masyarakat di sana mengusahakan produk cencaluk dan dipasarkan hingga ke seluruh negara.

Jika di Melaka cencaluk boleh dijumpai di sepanjang Jalan Tengkera, Tanjung Keling dan juga gerai-gerai pelancongan yang terdapat di Bandar Melaka.

Cencaluk satu masa dahulu dihasilkan secara tradisional, Tapi kini telah di komersialkan dan mudah dibeli dari gerai tepi jalan, kedai runcit malahan boleh didapat di pasaraya ternama.

Seorang penulis Inggeris Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai “Cencaluk” di Malaysia dalam bukunya “The Circumstances of Malay Life – 1909”.

Beliau telah menyenaraikan cencaluk sebagai makanan tradisional masyarakat melayu yang unik.

Proses menghasilkan cencaluk

Proses bagi menghasilkan cencaluk agak mudah, tetapi komposisi bahan utama iaitu udang geragau sangat penting. Sukatan yang betul dapat menghasilkan cencaluk yang berkualiti dan sedap.

Udang geragau adalah bahan utama dalam menghasilkan cencaluk. Selepas udang dibersihkan nasi sejuk akan digaul bersama udang tadi kemudia digaul juga bersama garam mengikut sukatan yang betul.

Selepas semua bahan tersebut digaul sebati secara teknikalnya cencaluk sudah terhasil tapi belum sempurna. Bahan tadi akan melalui proses penapaian dengan diperam selama 3 hingga 4 hari supaya cancaluk menjadi masam.

Sama konsepnya dalam penghasilan yogurt dan kimchi.

Bagi penggemar cencaluk hidangan bersama nasi panas sudah cukup sempurna. Cencaluk dihidangkan bersama perahan limau dan potongan cili pasti membuka selera.

Tapi resepi penyedian cencaluk yang paling unik setakat ni adalah telur dadar cencaluk. Memang terbaik.

Cencaluk mengandungi pribiotik yang baik untuk kesihatan

Probiotik adalah istilah yang digunakan untuk menamakan ‘bakteria baik’ yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang ditemui dalam usus manusia.

Probiotik adalah faktor penting kepada kesihatan yang baik. Probiotik biasanya terdapat dalam dadih (yogurt)  dan minuman kultur. Terdapat juga probiotik yang dijual sebagai suplemen dalam bentuk kapsul atau serbuk yang dibancuh.

Terdapat kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan pada tahun 2013 yang merumuskan bahawa probiotik dan keseimbangan bakteria dalam usus adalah kunci kepada pelbagai jenis manfaat kesihatan yang luas.

Selain daripada susu kultur dan dadih, susu ibu dan makanan yang diperam seperti budu, belacan, cencaluk, tempe juga mengandungi probiotik.

Jadi, amalkanlah probiotik dalam pemakanan seharian kita dengan mengambil pelbagai jenis minuman susu kultur dalam pasaran atau makan dadih selalu dan juga mengamalkan makanan tradisi yang kaya dengan probiotik seperti tempe, budu, cencaluk, tempoyak dan belacan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Baru Betul Pedas! – Ikan Bakar Lang Merah