Diberi gelaran ‘Tall, Dark, Handsome’, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sentiasa menjadi perhatian dan idola anak muda.

Populariti KJ memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kalau anda mengikuti Instagram KJ, menteri ini memang sinonim dengan gaya stokin berbelang warna terang dan lain dari yang lain.

BACA: Sejauh Mana Kehebatan KJ Memasak?

Namun baru-baru ini, lain pula gaya yang ditampilkan oleh KJ apabila beliau memakai stokin yang tidak sepadan. Sebelah warna lain, lagi sebelah corak lain.

“Saya suka stokin terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan. Adakah angkara saya tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

Apa sebabnya KJ memakai stokin lain sebelah? Rupanya ia adalah sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac setiap tahun.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, beliau turut sertakan mesej agar masyarakat di luar sana untuk menyayangi manusia lain tanpa membezakan kekurangan mereka.

KJ turut menceritakan pengalamannya mempunyai anak saudara yang menghidap Sindrom Down. Bagi KJ anak istimewa itu merupakan sumber inspirasi buat dirinya.

“Hari Sindrom Down Sedunia menitipkan mesej untuk menyayangi manusia seperti sedia ada. Hari ini, saya turut menzahirkan penghormatan kepada anak saudara, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai rintangan untuk dia mengejar impiannya.

“Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sentiasa menampilkan diri sebagai jurucakap yang mempunyai keberanian ketika menyampaikan ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh, dengan mengetepikan perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,” katanya.

Lepas ni kalau korang pakai stokin sebelah lain je, tunjuk je gambar KJ ni. Dalam masa yang sama sebagai tanda menyokong Hari Sindrom Down Sedunia.

Ini Cara Masak Maggi Bila Putus Cinta
Ini Cara Masak Nasi Tak Buat Anda Gemuk?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?