Tanggal 28 September 2018 merupakan satu tarikh yang tidak akan dilupakan oleh penduduk dunia khususnya warga Palu Sulawesi bilamana satu kejadian gempa bumi berukuran 7.7 Skala Richter telah menggegarkan kota Palu.

Tidak cukup dengan itu selang 15 minit kemudian sejurus gempa bumi berakhir kini giliran ombak tsunami pula membadai kota itu sekaligus memusnahkan sebahagian kota Palu.

Angka kematian dilaporkan meningkat saban hari. Masih ada kawasan yang tidak digeledah kerana ada yang telah hilang ditelan bumi.

Kemusnahan maha dahsyat ini sangat mengharukan. Rumah ditelan bumi, jambatan yang menghubungkan kota musnah sama sekali akibat dihanyut oleh ombak tsunami. Sekaligus menyukarkan misi bantuan.

Kota Palu diisytihar darurat oleh pemerintah. Huru-hara pasca bencana sudah mula berlaku. Penjarahan dan kecurian mengambil tempat hinggakan Presiden Jokowi ketika dalam sesi lawatan membenarkan penguasa menembak sesiapa yang didapati mencuri.

Apakah huru-hara kejadian ini tidak menginsafkan kita betapa kita di kalangan manusia yang lemah? Tidak cukupkah kemusnahan ini membuka mata warga Palu supaya takut akan azab Pemilik Alam?

BACA: Ini Punca Kemusnahan Dahsyat Gempa Bumi Di Palu

Mengapa Palu?

Imej menunjukkan Wilayah Palu yang strategik. Imej dari Google Map

Palu ialah ibu kota provinsi Sulawesi Tengah, Indonesia. Palu terletak sekitar 1,650 km di sebelah timur laut Jakarta.

Penduduk Palu berjumlah kira-kira 500,000 orang terdiri dari empat suku utama iaitu Kaili, Kulawi, Pamona dan Banggai,

Palu pernah menjadi sasaran dalam konflik yang berlaku di Sulawesi. Pada November 2005, sepasang warga beragama Kristian ditembak dan dicederai di bandar ini. Sebutir bom juga meledak di sebuah pasar yang khusus menjual daging babi pada 31 Disember 2005, membunuh 8 orang serta mencederakan 45 yang lain.

Palu juga pernah bergegar akibat gempa berukuran 6.2 Skala Richter pada tahun 2005 namun tidak diancam tsunami. Akibat gempa itu seoarang menjadi korban dan mengakibatkan kemusnahan di beberapa tempat. Warga Palu ketika kejadian bertempiaran lari ke kawasan gunung kerana bimbang ancaman ombak tsunami.

Kebimbangan ini wajar kerana tahun sebelumnya Aceh telah hancur akibat tsunami. Warga Palu resah jika ditimpa nasib yang sama seperti Acheh. Warga Palu perlukan perlindungan. Lalu mereka syirik.

Amalan puja ‘penjaga laut’ direstui pemerintah

Ritual yang dikenali sebagai Pora’a Binangga dilakukan saban tahun. Imej dari Siakap Keli

Biarpun dikecam hebat golongan ilmuwan agama dan pelbagai pertubuhan Islam di Sulawesi Tengah sebelum ini, masih ada segelintir masyarakat meneruskan amalan membunuh ayam bagi tujuan pemujaan di pantai Talise di sini.

Amalan yang disifatkan syirik dan berbentuk pemujaan terhadap `penjaga laut’ itu didapati masih berlaku walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda kota itu pada 28 September lalu.

Golongan pendakwah dan pusat pengembangan Islam turut kesal terhadap upacara adat kuno masih berlaku membabitkan pembunuhan kejam haiwan ternakan terutama kambing dan ayam.

Segelintir masyarakat  Palu masih meneruskan upacara kuno ini, mereka percaya pada ‘penjaga laut’ mampu menjaga Palu dari ditimpa bencana. Oleh itu satu upacara akan dilakukan bagi memohon perlindungan ‘penjaga laut’ agar Palu tidak ditimpa bencana.

Upacara yang berlansung saban tahun itu akan dilakukan 28 hingga 30 September setiap tahun. Malah festival ini menjadi satu acara besar-besaran sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Festival ini mendapat sokongan dari pemerintah, kerana akan mempromosikan kota Palu sebagai hub pelancongan dengan penganjuran festival ini sebagai tarikan utama kota Palu.

Festival Pesona Palu Nomini sebagai mempromosi kebudayaan warga Palu

Salah satu acara ketika Festival Palu Nomini berlansung.

Festival Pesona Palu Nomoni (FPPN) 2018 yang dijadual bakal diadakan pada 28 September hingga 3 Oktober 2018 bertempat  di sepanjang Pesisir Teluk Palu. Namun festival kali ini bertukar tragedi.

Festival ini diadakan adalah untuk mengungkap kembali kebudayan masyarakat  Palu masa lalu yang sudah dilupakan, kemudian dimunculkan kembali dengan acara seni pertunjukan.

Seruling tradisional lalove merupakan salah satu budaya masyarakat Palu.

Acara yang akan mengisi festival ini antara lain pertunjukkan seruling tradisional lalove, panggung tradisional gimba di sepanjang Teluk Palu, ritual adat Balia dari Suku Kailii, marathon , lumba berenang, lumba perahu tradisional sandeq dan banyak lagi aktiviti yang berunsur kebudayaan orang Palu.

Ritual pemujaan ‘penjaga laut’ juga berlaku ketika FPPN 2018 ini berlansung. Haiwan korban akan dipersembah dan dihanyutkan kelaut.

Palu dikenal sebagai kota lembah. Juga digelar sebagai kota tiga dimensi di mana wilayahnya terdiri dari pantai, dataran, dan pergunungan. Pengunjung yang dating ke Palu menyebut kota ini sebagai ‘syurga di bawah khatulistiwa’.

Mereka kufur nikmat?

Memetik laporan akhbar Berita Harian, salah seorang penduduk, Ustaz Ehsan Norrahim, 34, berkata, istiadat bercanggah dengan hukum Islam itu masih diteruskan masyarakat susulan penemuan bangkai ratusan ekor ayam sepanjang pantai Talise di sini, tiga hari selepas tsunami berlaku.

Menurutnya, masih ada penduduk Palu tidak percaya bahawa bencana yang menimpa kota Palu sebelum ini adalah bala didatangkan Allah SWT atas perbuatan syirik berkenaan.

Alat pemujaan akan dihanyukan kelaut.

“Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam itu sejak awal minggu lalu. Banyak bangkai ayam ditemui disusun di tepi pantai bermula dari Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman, Kampung Lele di sini.

“Bagaimanapun ketika penganjurannya pada tahun pertama 2016 dan 2017, Tuhan datangkan hujan lebat dan angin kencang kepada penduduk kota Palu.

“Malangnya amaran itu tidak diendahkan dan mereka masih meneruskan amalan itu dalam bentuk pesta besar-besaran membabitkan ribuan pengunjung. Acara diadakan pada petang sebelum gempa bumi berlaku sekitar jam 7 petang, 28 Oktober lalu.

Berikut adalah rakaman video ketika upacara dilakukan pada 2016:

Perbuatan itu turut dikecam pihak Masjid Darunnaim Tatura di sini, yang menyifatkan ia menyimpang dari amalan Islam sebenar.

Ustaz Abdullah Ibnu Hamid berkata, segelintir masyarakat Islam Palu bukan hanya kufur nikmat malah mencampur adukkan amalan khurafat dalam kehidupan.

“Perbuatan membunuh ayam, kambing atau kerbau dengan ditikam menggunakan tombak jelas tindakan tidak berperikemanusiaan dan ingkar dengan arahan Tuhan. Ia jelas satu kezaliman yang perlu dihentikan. Perut bumi Palu kini sudah mengamuk apabila Tuhan mula mendatangkan bencana terhadap dosa besar syirik dilakukan. Bertaubatlah segera selagi punya kesempatan,” katanya.

Apa yang berlaku pada Palu begitu menginsafkan bagi mereka yang mahu berfikir. Seharusnya kejadian yang berlaku ke atas warga Palu serta kotanya perlu dijadikan iktibar dan peringatan kepada kita semua.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉

Sumber: BeritaHarian, Wikipedia, SiakapKeli