Sesiapa sahaja pasti sukakan minuman blackcurrant terkenal iaitu Ribena yang sedap diminum bersama ais untuk memberikan kesegaran ketika cuaca panas dan menghilangkan dahaga namun begitu baru-baru ini produk tersebut telah ditarik sementara daripada pasaran.

BACA: Ini Punca Pekerja Pakai Topi Keledar Dalam Pejabat

Langkah tersebut diambil oleh Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd bagi menjaga kualiti produk-produk mereka atas sebab-sebab teknikal.

Menurut Pengurus Besar Serantau Malaysia, Hong Kong dan Singapura, Lee Hon Tong memberitahu Harian Metro, pihak syarikatnya mengesyaki beberapa produk mereka terdedah kepada udara ketika proses pembotolan di kilang pembuatan.

Oleh itu kesemua produk kordial Ribena semua perisa dan saiz pek ditarik sementara daripada pasaran.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengambil keputusan secara sukarela untuk menarik balik buat sementara semua produk Ribena Kordial dalam semua perisa dan saiz pek pada tarikh luput tertentu dari semua rakan dagang berkuatkuasa 12 Ogos.

“Di samping itu, kami telah memberhentikan penghantaran semua Ribena Kordial dari kilang pembuatan kami di Shah Alam kepada semua rakan pengedar dan dagang,” ujarnya.

Maklumnya lagi kesemua produk Ribena kordial pelbagai perisa dan saiz yang ditarik balik adalah yang bertarikh luput Mei hingga Ogos 2018, Februari hingga 8 Mac 2018 dan April hingga Mei 2018.

Oleh itu produk Ribena yang mempunyai tarikh luput selain daripada tarikh tersebut tidak terbabit dalam penarikan ini dan produk seperti Sparkling Ribena, Pouch Pack, Minuman Kotak, Botol Pet dan Pastril juga tidak terjejas dengan masalah ini.

“Pengguna dinasihatkan supaya tidak meminum produk yang ditarik balik jika mempunyai rasa atau bau masam. Sebarang pertanyaan pengguna boleh menghubungi talian hotline kami di nombor 1800 88 6200,” katanya lagi.

VIDEO: Bubur Dibalik Tak Tumpah? | Bandung Part 03